Thursday, January 24, 2008

Welcome To Zuhal Blog

Makluman Pelawat :

Kini segala maklumat, laporan dan berita terkini mengenai perjalanan program Zuhal Management Services tidak akan dimasukkan ke Blog ini.
Segala maklumat program Zuhal Management Services bolehlah melawat :

http://zuhalms.wordpress.com

Friday, December 28, 2007

SMART MUKMIN DI BANK ISLAM

Salam Mukmin,

Kali ini anjuran Badan Kebajikan Surau Bank Islam Bangunan Darul Takaful (BIMBING)pada khamis 27.12.2007 dan Zuhal Management Services sebagai undangan untuk mengendalikan Motivasi tersebut.Malam sebelum Motivasi tersebut mereka yang terlibat sebagai Zuhal Crew bertungkus lumus menyiapkan bahan-bahan utk slide pada hari motivasi tersebut, Nik,Ust Zul,Uden,syafiq dan sahabat-sahabat lain terpaksa bersengkang mata sampai jam 4 pagi.Masing-masing teraba-raba mencari bahan-bahan yang sesuai untuk slot motivasi tersebut.

HARI MOTIVASI,

Seawal 7.30 Zuhal Crew sudah bersiap siaga dengan uniform Zuhal management serta alat-alat kelengkapan.Program ini hanyalah seharian, dari pagi sampai ke petang hari.Program ini juga khusus untuk anak-anak mereka yang bekerja di Bank Islam bangunan Darul Takaful tersebut.Lebih kurang 90 orang pelajar dari umur 9 tahun hingga 17 tahun.

Kalendar Zuhal Management Services :

Motivasi Pelajar di Gurun Kedah.
18-20 januari 2007.

Friday, December 21, 2007

2 Jam Di Terengganu

Awal jam 8 pagi kelihatan a.nik bersama zaujahnya,shahril bersama hamsternye,hujjah dgn motor jaguhnya,akem dgn hanphone barunya,hapiz bere dgn demamnye,a.lan dgn tongkatnye,mad faisal dan lain-lain lg,masing2 telah bersedia utk bertolak ke Terengganu utk ke acara Akad Nikah sahabat seusrah kita Falah.Mad faisal awal2 lg pergi cari kedai tayar utk ditukar tayar yg dah botak,semua sudah bersedia tinggal seorang je lg, siape lg klau bukan Ust Zul, mana ust zul? telepon tak angkat msg apatahlagi..
Kebimbangan mula terdetik di dada S/U,tiba-tiba muncullah ust zul dlm jam 10.30 pg,Alhamdulillah dtg juga ust,tp ust dtg dgn kain pelekat dgn pagodanya, rupanya blom bersiap lg, A.Sham dtg hantar avanzanya sbg transpot tambahan..
maka bergeraklah kami dlm jam 11 pg.Van Hiace di pandu mamad dan mad sbg gantian,Avanza di pandu Ust dan kak Ct sbg ganti klau ust ngantok, Van di isi shahril,mamad,mad faisal,a.nik,kak rabbiah,syafiq,hakim,hapiz bere,hapiz razak,a.lan dan hujjah.Avanza ust zul sekeluarga..perhentian pertama di masjid Bentong ust solat jumaat,azan khutbahnya begitu deras dan bersemangat menyebabkan ada antara kami yg tertidor.Sambung perjalanan dan perhentian kedua di perhentian Gampang Pahang, kali ni benti makan2.
Itulah perhentian terakhir kami dlm perjalanan kami ke Terengganu, Kami tiba di Kuala Terenggganu lebih kurang jam 9 mlm. Disinilah klimaks sesat jalan kami bermula..dpt panggilan arah ke Kusza..dlm perjalanan patah blik utk ke bandar,kate ade org tunggu di petronas, singgah di petronas Tok Jiring takde sape2..,patah blik,msuk bandar rupa2nya dah terlajak, patah blik,dah mcm penjenayah lari dari buruan Polis! Lengkap satu Terengganu promosi LM.
Tapi inilah pahit manis bile bersama dgn sahabat2 seperjuangan..smpai di rumah penganti punya makcik dlm jam 10 lebih, tak sempat nak tengok akad, tapi kami dan buat usrah kecil di Banglo tu,dan pulak tarbiyyah haraki ust zul ngan syakir,riuh satu kampung, semua org tengok dgn ragunya,kami pon dah tak sedap duduk..mula rasa nak berangkat ,maklumla.. katak hijau melompat ke paya biru yg pekat kebiruannya.
Bincang utk bertolak mlm tu jgk,akhirnya bertolak mlm tu jgk slps singgah di masjid Pdg Nenas.Persinggahan kami hanya 2 Jam.Perjalanan balik kami xtau menahu ke mane arah melainkan driver yg tahan matenye sj yg tahu..yg lain As-Syahid bwh krusi wal ats krsi..hebatnye pmuda apbila smpai2 di pandan perkara pertama yg dibuatnya gantung banner LM kat Roti Boom..
Ape2 pon inilah kami! hidup mati brjuang di Pandan..kami akn melahirkan generasi yg mukmin pd sluruh masyarakat Pandan dgn kbajikan dan pendidikan yg diusahakan..lepas ini ke Melaka knduri Wangke plak..bekerja hebat berkahwin pon hebat.
Selamat pengantin baru kpd falah dan Wangke moga kekal ke akhirat sana..

Wednesday, December 12, 2007

Sunday, April 1, 2007

Tuesday, March 20, 2007

Solat smart dengan "Smart Solat"



Atas seruan untuk mengimarahkan usaha dakwah kepada masyarakat sekitar Pandan, Laman Mukmin telah menganjurkan Kursus Smart Solat yang dibuka untuk kanak-kanak Sekolah Rendah dan Menengah. Pada 3hb. Mac 2007 lalu, 83 peserta berumur di antara 7 sehingga 17 Tahun, telah memenuhi Laman Mukmin untuk bersama-sama mempelajari dan memperbaiki Solat masing-masing. Tahniah kepada ibu-bapa yang sanggup menghantar anak-anak mereka untuk memastikan kecemerlangan anak-anak dalam Solat sebagai salah-satu tuntutan yang utama dalam Islam.

Melalui kursus ini, anak-anak diajarkan dengan kaedah-kaedah asas Solat bermula dengan pergerakan, bacaan, solat 5 waktu, kesalahan-kesalahan dalam solat, sehinggalah doa dan wirid selepas solat. Asas-asas wuduk dan azan serta iqamah juga didedahkan kepada anak-anak sebagai melengkapi asas pengetahuan mereka dalam Solat. Kaedah pengajaran tidak tertumpu kepada Teori semata, malah anak-anak telah melalui sesi Amali untuk setiap aktiviti Solat, Wuduk dan Azan untuk memastikan anak-anak melakukan ibadah dengan betul dan memperbaiki kesalahan dalam ibadah mereka. Laman Mukmin mendapat bantuan daripada
penuntut-penuntut dari Darul Quran, Kuala Kubu sebagai fasilitator dalam kursus ini untuk membimbing para peserta kursus. Prestasi dan tahap anak-anak dalam melaksanakan ibadah mereka telah dinilai oleh fasilitator dan diberikan kepada ibu-bapa mereka sebagai rujukan untuk tindakan ibu-bapa seterusnya di rumah nanti dalam memperbaiki kelemahan anak-anak mereka dalam melaksanakan ibadah seperti yang telah dikenalpasti dalam penilaian tersebut. Dengan cara ini, diharapkan pembelajaran dan penambahbaikan Solat dapat diteruskan di rumah oleh ibu-bapa supaya pembelajaran ini tidak terhenti di Laman Mukmin sahaja.




Seawal jam 7 pagi, kelihatan ibu-bapa telah menghantar anak-anak mereka ke Laman Mukmin untuk sesi pendaftaran. Pendaftaran berlangsung selama kira-kira 1 jam setengah memandangkan peserta yang ramai di luar jangkaan kami.

Sesi pertama dimulakan dengan ucapan pembukaan dan penerangan tentang tentatif program oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, merangkap Pengarah Program. Selepas itu, anak-anak dijamukan dengan sedikit makanan pagi sebagai pemangkin dan penambah tenaga untuk menghadapi kursus separuh hari itu sehingga ke petang nanti.

Seterusnya, kursus diambil alih oleh Saudara Yusuf, salah seorang penuntut dari Darul Quran, dalam sesi membaca dan membetulkan bacaan Al-Fatihah dan bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir. Dengan suara yang lunak merdu bak buluh perindu, Saudara Yusuf memperdengarkan bacaannya kepada para peserta membuatkan setiap yang hadir terpesona dengan bacaannya. Bacaan yang baik dari Saudara Yusuf pastinya membangkitkan keinginan anak-anak untuk belajar dan memperbaiki bacaan mereka.

Selepas anak-anak berlatih dan memperbaiki bacaan Al-Fatihah dan Tahiyyat mereka, Ustaz Zul mengambil alih sebagai pengacara dalam sesi seterusnya iaitu pembelajaran asas Solat serta kesalahan-kesalahan di dalam Solat. Sesi tersebut dimulakan dengan penerangan mengenai cara dan pergerakan solat yang betul. Ustaz Zul menerangkan dengan cukup baik sambil berseloroh untuk memastikan anak-anak terus memberikan perhatian dalam penerangan beliau. Dibantu dengan Multimedia Interaktif, penerangan menjadi lebih berkesan melalui tayangan video dan gambar yang dimuatkan dalam aplikasi Flash.



Selesai sesi penerangan, anak-anak dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi Amali Solat. Dalam sesi Amali Solat, fasilitator mengetuai setiap kumpulan dan menilai tahap kebolehan anak-anak kumpulan dalam Solat mereka. Para fasilitator dari Darul Quran mengambil peranan mereka untuk mengajar dan memperbetulkan Solat anak-anak dalam kumpulan masing-masing. Sesi berterusan selama lebih kurang 2 jam dengan pelbagai gelagat anak-anak mempraktikkan solat mereka.





Seterusnya, sesi diambil alih oleh Saudara Faizul untuk bacaan dan hafazan doa selepas solat. Saudara Faizul memberikan pengajaran tentang kepentingan doa dan mengetuai anak-anak untuk menghafaz. Kesungguhan anak-anak untuk belajar terserlah dengan usaha mereka yang gigih untuk menghafaz doa-doa yang telah diberikan. Ramai di kalangan mereka berjaya untuk menghafal dalam tempoh yang singkat dan Insya-Allah, semoga mereka dapat mempraktikkan dalam solat harian nanti.



Program diteruskan dengan sesi pelajaran mengambil wuduk oleh Saudara Falah. Sebagai seorang pelajar hafiz dari K. Terengganu, Saudara Falah memiliki kelebihan tersendiri dalam mengendalikan sesinya. Anak-anak kelihatan menumpukan sepenuh perhatian terhadap penyampaiannya dan terkadang terhibur dengan seloroh spontan Saudara Falah. Anak-anak kelihatan dapat mengambil wuduk dengan baik sewaktu sesi amali menunjukkan konsentrasi yang baik diberikan semasa penerangan tadi. Selepas sesi amali wuduk, para peserta bersiap sedia untuk melakukan solat Zuhur berjemaah.



Selesai Zuhur, anak-anak menjamu selera mereka dengan makanan tengah hari. Pastinya anak-anak berasa penat dan lapar setelah separuh hari mereka melalui sesi pembelajaran.

Suasana begitu baik pada waktu pagi, namun tidak sehingga ke petang. Suasana seketika mendung dengan angin menderu-deru, tanda hari hendak hujan. Benar. Hujan turun mencurah-curah atas kehendak Allah membuatkan kami kaget seketika. Tanpa melengahkan masa, kami menyelamatkan barang-barang elektronik dan buku-buku di luar daripada basah. Anak-anak dikawal dan dibawa masuk ke rumah sebelum ditenteramkan daripada sekilas huru-hara. Ujian Allah sentiasa datang tanpa dirancang sebagai tarbiah kepada para pendokong-Nya. Insya-Allah, sabar para pengendali program menambahkan lebih rahmat kepada usaha mereka.

Kursus tidak terhenti dek hujan nan lebat. Sesi seterusnya diteruskan seperti dirancang. Saudara Azhari menyambung program dengan sesi pembelajaran Azan dan Iqamah. Anak-anak diajarkan tentang asas-asas Azan, cara azan yang betul, tips mengalunkan suara azan, dan doa-doa sebelum dan selepas azan. Anak-anak turut diajar waktu-waktu masuk solat yang membolehkan untuk azan, dan iqamah sebelum memulakan solat. Deruan titisan hujan petang itu ditemani oleh laungan anak-anak melagukan azan mereka.



Asar menjelang, dan sesi azan ditamatkan. Anak-anak sekali lagi dalam susunan saf yang lurus, berjemaah menunaikan solat Asar. Sesi penutup menyusul selepas itu, menandakan program sepanjang hari itu bakal ditangguhkan.

Keadaan hingar-bingar dengan suasana bising anak-anak. Masing-masing kelihatan sudah letih dan tidak sabar untuk pulang ke rumah. Apatah lagi kelihatan ibu-bapa mereka sedang menunggu di luar. Difikiran kini hanya kelihatan mak, ayah dan rumah melambai-lambai, mengajak pulang segera.



Namun, sesi penutup harus diteruskan. Saudara Fairus selaku pengerusi majlis penutup petang itu mengendalikannya dalam keadaan yang kurang sempurna. Anak-anak diingatkan beberapa kali untuk kembali tenteram, namun usahanya gagal. Ustaz Zul dijemput untuk memberikan ucapan penutup dan kini, anak-anak itu diam, menumpukan perhatian kepada butir-butir kata yang bakal disampaikan oleh Ustaz Zul. Mungkin rasa takut, atau rasa hormat anak-anak kepada Ustaz, suasana kembali tenteram dan Ustaz Zul menyampaikan amanat-amanatnya kepada anak-anak di hadapannya. Anak-anak diingatkan supaya tidak meninggalkan solat. Harapan Ustaz agar apa yang dipelajari dan dipraktikkan sepanjang kursus berlangsung akan menjadi amalan harian di rumah nanti. Anak-anak memberikan kata "Boleh" untuk meyakinkan Ustaz dan para fasilitator bahawa mereka akan menjaga dan memperbaiki solat mereka. Insya-Allah.




Sesi diteruskan dengan penyerahan 'Score-Card' kepada anak-anak untuk diberikan kepada ibu bapa mereka sebagai rujukan tentang prestasi solat anak-anak mereka dan perkembangan anak-anak mereka sepanjang program berlangsung. Sijil penyertaan turut diberikan kepada anak-anak. Sijil diserahkan oleh Saudara Rodzi bin Man, alah seorang usahawan berjaya di Pandan Indah. Kehadirannya ke majlis penutup tersebut amat dihargai.



Anak-anak diserahkan semula kepada ibu bapa mereka sebaik sahaja doa penutup selesai dibacakan. Anak-anak pastinya tidak sabar untuk pulang ke rumah setelah seharian di Laman Mukmin. Apa yang pasti, mereka semua pulang dengan wajah yang cukup ceria dan Insya-Allah dengan Ilmu dan Iman penuh didada.

Kami di Laman Mukmin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada para Ibu Bapa yang sudi menghantarkan anak mereka untuk menghadiri Kursus Smart Solat anjuran kami. Sememangnya kita semua bertanggungjawab sesama Muslim untuk menyemai benih-benih Islam ke dalam setiap individu Muslim terutamanya kanak-kanak muda yang masih dalam proses perkembangan, mental dan fizikal, yang masih mudah untuk dibentuk dan diajarkan. Melalui asas yang kukuh ini, Insya-Allah, mereka akan membesar dengan bekalan Iman yang kuat dan Ilmu yang mantap.

Kami juga memohon ribuan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan kami. Atas segenap usaha kami, itu sahaja yang terdaya kami lakukan setakat ini dan segala kekurangan kami dalam mengendalikan program ini akan dijadikan rujukan pada masa-masa akan datang. Insya-Allah, kursus seterusnya akan diatur dengan lebih baik dan kemas.

Sekian saja coretan pemuda laman, terima kasih. Wassalam.

Thursday, March 8, 2007

Ada apa tentang Laman Mukmin...

Al-kisah.. Idea untuk mewujudkan sebuah pusat mengasuh kanak-kanak yang menjadikan pendidikan dan pembinaan akhlak kanak-kanak sebagai agenda utama sebagai satu usaha untuk mewujudkan generasi unggul di masa hadapan telah diilhamkan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, seorang ustaz yang aktif memberikan kuliah, dan ceramah di sekitar Kuala Lumpur dan selangor. Atas cita-cita mulia ini maka beliau bersama rakan-rakannya, para pemuda yang tinggal di sekitar Taman Pandan Indah, memutuskan untuk menubuhkan sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak sebagai merintis jalan ke arah pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang disinari oleh cahaya Iman dan Islam.

Nama Laman Mukmin dicetuskan oleh Saudara Naza, dengan harapan ianya benar-benar menjadi laman perkumpulan dan pembentukan generasi baru beriman. Dihiasi lagi dengan sepotong kata-kata "Generasi intelek, berperibadi tinggi", Laman Mukmin menyematkan cita-cita untuk membentuk anak-anak moden yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi seiring dengan memiliki peribadi dan akhlak agama yang ampuh, utuh, lagi teguh sebagai senjata yang akan dibawa ke mana-mana dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancarobakala ini.

Arakian menyambung cerita, setelah sebulat suara dengan satu keputusan yang nekad lagi tak terubah, sebuah bait telah disewa sebagai pusat operasi Taska ini pada Januari 2007. Maka bait ini menjadi titik permulaan perjalanan perjuangan Laman Mukmin yang panjang, yang pastinya meninggalkan detik-detik suka dan duka di sepanjang perjalanan itu.

Bait bertuah itu cukup meyakinkan untuk dijadikan sebuah Taska. Sebagai bait pertama di barisan bait di Jalan 36/2, Taman Kencana, pastinya bait ini menjadi tumpuan para ibu-bapa dan penjaga yang memerlukan Taska untuk anak-anak mereka. Dilengkapi dengan ruang padang untuk kanak-kanak bermain, pohon-pohon buah menghiasi halamannya termasuk sepohon pokok kurma yang menambahkan lagi keunikan bait itu. Persekitaran yang bersih dan keadaan bait yang baik menambahkan lagi semangat para pencita untuk meneruskan hasrat mereka.

Promosi dimulakan, banting dinaikkan, iklan diedarkan, maklumat diperpanjangkan, dan usaha dilipatgandakan untuk mencari bakal-bakal penghuni laman mukmin. Bait dibersihkan, halaman dicantikkan, dalaman diwarnakan, peralatan dilengkapkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan mewujudkan suasana paling kondusif untuk para penghuninya. Dipendekkan cerita, tarikh keramat 2/2/2007, Laman Mukmin secara rasminya dibuka dalam keadaan tergah, untuk memenuhi kehendak para penduduk di sekitar Pandan Indah yang sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak mereka.

Cuma sebulan baru berlalu, dan masa itu belum cukup panjang untuk menilai kejayaan Laman Mukmin. Namun begitu, dalam tempoh ini, Laman Mukmin terus berkembang dengan jayanya, tambah lagi dimeriahkan dengan Kelas Pengajian Al-Quran dan Kelas Tuisyen untuk para pelajar UPSR, PMR dan SPM. Genap sebulan sahaja, Laman Mukmin juga telah sukses menganjurkan Kursus 'Smart Solat' yang mengundang 83 orang peserta untuk berkampung di Laman Mukmin pada 3/3/2007 yang lalu.

Masih terlalu jauh untuk bergembira dengan kejayaan Laman Mukmin kini. Usaha harus dilipatgandakan untuk memastikan survival Laman Mukmin di masa mendatang. Niat harus dibetulkan, langkah harus dikemaskan, material harus dikayakan. Insya-Allah, Laman Mukmin akan menjadi ikon utama dalam pendidikan dan perkembangan Islami di negara ini.

Wassalam..